Saturday, 1 February 2014

Resipi Kek Span Mudah

Gambar sekadar hiasan

As salam

Saya tidak bermula dengan mana2 kelas baking..tetapi hanya surfing di internet..google sana sini..and YouTube. Masa di kolej juga ambik Sc.Comp yang langsung x kena mengena dengan decorating cake..
But semuanya bermula bila mak buat kek choc moist..and saya jualnya melalui mudah.my (sampai skrg..cuma skrg ni..semuanya kek sendiri..mak pencen dah) 

So kek yang berasaskan meringue..saya mmg sangat fail.Teramatlah fail...chances untuk bantat. 90%
So modify punya modify...saya finally found 1 easy method. super easy dan texture mmg mcm sponge..sgt fully..dan method ni boleh dioleh untuk pelbagai jenis kek..

EASY SPONGE CAKE 

Bahan A :
1 cawan gula
2 biji telur
2 sudu teh ovelette (Cake Stabilizer)

Bahan B:
1 cawan air/susu/buttermilk 
2/3 cawan minyak atau melted butter
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:
2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda

Cara2 :

1. Satukan semua bahan A. Mix sehingga gebu..lepas 2-3minit mix..akan nampak sangat gebu.
2. Masukkan Bahan B..mix sebati.
3. Satukan semua Bahan C. Kemudian masukkan ke adunan basah tadi. Pastu mix to combine. Mix dalam       3-5 minit lagi...sampai adunan gebu.
4. Grease loyang dgn minyak/butter..kemudian tabur tepung sikit..jangan lupa alasan dgn parchment paper di
    loyang. 
5. Bahagikan adunan ke dua loyang..
6. Bakar di oven 170degree dalam masa 30minit atau sehingga the stick comes out clean.

Sangat mudah.. kalau mau rasa choc..letak choc di Bahan C..

Selamat mencuba :)



2 comments: