Friday, 31 January 2014

Star Cake



As salam

Star Simple Cake. Lps hantar kek..baru perasan..masa ambik gmbr..no 1 tu tbalik..patutlah lain mcm saja saya tgk....anyway tq :)

Cake Pop


As salam

TQ kpd Aten,BFF masa kolej dulu atas order ini .TQTQTQ juga kerana snapkan gambar..dan sorry juga kerna terlupa tag nama atas sebab yang x dpt dielakkan..tqtq


Thursday, 23 January 2014

Turbo Cake


As salam

First time balut fondant itam ke seluruh kek....mcm buat spare part...

Barbie




As salam

Kek Barbie..Happy Birthday Daphne Auther!

Hello Kitty






As salam

Kek Hello Kitty 2 tier dgn cupcake Hello Kitty with White Choc Ganache. Dari Lisa,Kinarut. TQ

Minion


As salam

Minion cake lagi..tq Kak Mastika :)

Rosette Red Velvet


As salam

Red Velvet cream cheese filling with vanilla buttercream rosette deco. Thank U Gya!


Tuesday, 14 January 2014

Weekends Project

 

As salam

Project hujung minggu ni..semalaman fikir cara mudah untuk buat minion ni berdiri tanpa drilling method..x drill nanti x kukuh..buli beguling kek di kereta..

Pada ada yang berminat untuk menempah dan sekiranya ada design contoh,
whatsapp saja ke 0138967171 dan marilah kita berbincang selanjutnya. tqtqtqtq :)


Monday, 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014


MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

 Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan 
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM

Mini Red Velvet




Hilang lagi satu

As salam

Hari ni last day adik saya di KK..got a new job d KL..hilang satu org lagi..last time saya yg kerja n tinggi sendiri d JB.. after resigned, reunited dgn husband n family..skrg hilang satu pulak..azira pulak bulan 4 baru grad d Kuching. Kalau lepas ni Ian pun kerja jauh atau study jauh....saya kena buat figurine sendiri..and seat beltkan kek... :(

Bila cover handphone hilang..pun kita cari..apa lagi adik beradik. Cakap pun susah tulis pun susah...
sedih..

:(

Sunday, 12 January 2014

Minion Cake Pop




As salam

Minion Cake Pop & sample Hello Kitty Cake Pop utk doorgift

Barbie Doll Cake


As salam

Barbie Doll Cake. Chocolate Cake with cream cheese..and Vanilla Butter cream deco. Sudah la masa deliver cake sekalian menghantar bapa ke airport..otw ke airport, blh pulak dia terlupa necktie....masa ada kurang sejam lagi...bapa pun uturn balik ke rumah ambik necktie dia..dia drive x ingat lubang ka speedbum ka...adui...sikit blh tepelanting ni kek...nasib baekk..still in 1 piece masa sampai di tgn customer....adui..kek barbie mmg satu cabaran la kalau hantar...dgn tinggi..dgn cream...sikit salah..bole tersembam barbie di dashboard.. tp alhamdulillah,semuanya selamat :)

Saturday, 11 January 2014

Minion Cake






As salam

Thank u Rossa atas order...sorry juga pada ketika hantar rambut minion penget..sebab assistant tukang pegang kek, Ian di rumah my mom..jadi yang pegang kek kali ni husband saya..yang sgt lah amatur. mau marah,husband...telan saja la..nasib baik fondant..sgt forgiving..blh repair..kalau cream...alamat itam legap la kepala si kuning ni.. anyway thank u for the photos :)

Handbag Chanel Cake






As salam

TQ kepada Kak Hasnah. Handbag Chanel Cake..tagging happy birthday written dengan edible pen yang saya menunggu punya main lama dan akhirnya kena collect sendiri di kaunter poslaju...tu pun setelah sejam lebih menunggu... saya tulis guna edible pen ya..bukan marker pen... gold dust tu pun edible...bukan gold permanent marker...risau juga tkt customer x tau..kadang bila kita tau apa material yang diguna..mungkin customer x tau..dan often,slalu lupa bagitau...jangan risau ya..edible.. :)

Friday, 10 January 2014

Angry Bird



As salam

Cake Angry Bird - Rainbow Cake. Semoga selamat sampai ke Papar..drive sendirian..mcm manalah adik tu bawa balik ke Papar. Hopefully sampai dgn selamat smlm..kalau Papar tu dekat, saya sendiri hantar direct. Susah betul hati saya.

School bus





Thank you for the order.. :)

Tuesday, 7 January 2014

Thursday, 2 January 2014

Kit Kat Cake



As salam

Kek KitKat Grass n Badminton theme

2014

As salam

2014..sedar x sedar time flies so fast..genap setahun sudah since saya resigned dari Jab Imigresen JB. Last time hari2 ambik statement okt..jumpa warga asing setiap hari..kalau rajin ikut ops..jaga lokap..ngeri juga body search tangkapan ppuan..apalagi yg tengah dtg bulan...yalah nama pun body search kan..mana yang bau ketek lagi...tahan saja la..kalau ofis buat ops..tangkapan ratusan pati..blh banjir ofis dgn pati..fuh aircond sikit punya wangi ketek......it was back then... skrg dapur bau kek seharian..better dari bau ketek la kan...kerja teruk sama mcm dulu...kalau byk order semalam x tidur...

Since kawin and possibilities untuk pindah mcm mimpi saja..jadi resign la jawapannya..yalah..masa kerja dulu balik kk tiap minggu...sampai setiap hari jumaat bos mesti tanya jam brapa balik kk..as if saya balik kota tinggi saja..buat mcm mana husband d kk..

So ever since resigned.. saya melibatkan diri dlm kek ni...and hopefully tahun ni semuanya berjalan lancar. amin.....


Ana

Hello Kitty 3D Cake


As salam

Kek Hello Kitty..sgt la comel hasilnya tetapi atas sebab delivery yang banyak tempoh hari menyebabkan baju kitty terkoyak agak teruk (gambar lupa ambik) mungkin sebab gegar teruk dlm kereta,baju agak koyak..sedih sgt.sorry sgt dgn customer :( In syaa Allah lepas ni masalah begini x akan berulang..